fb fb fb fb fb

Akses bantuan Gaza berada 'pada titik rendah' - PBB

Rakyat Palestinmendapatkan bantuan, termasuk bekalan makanan yang disediakan menerusi Program Makanan Sedunia (WFP), di Jabalia/ REUTERS

GENEVA, 15 November- Akses bantuan di Gaza berada pada tahap rendah dengan penghantaran ke bahagian utara enklaf terkepung, kata seorang pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Kenyataan itu bertentangan dengan penilaian Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini bahawa Israel tidak menghalang bantuan kemanusiaan untuk Gaza selain mengelak sekatan ke atas bantuan ketenteraan AS.

"Daripada perspektif kami berdasarkan semua petunjuk yang mungkin anda boleh fikirkan dalam tindak balas kemanusiaan, semuanya menuju ke arah yang salah," kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Jens Laerke ketika menjawab soalan pada taklimat media Geneva tentang penambahbaikan akses kemanusiaan.

"Akses berada pada tahap rendah. Kekacauan, penderitaan, keputusasaan, kematian, kemusnahan, perpindahan berada pada tahap yang tinggi," tambahnya.

Laerke menyuarakan kebimbangan terhadap utara Gaza berikutan penduduk diarah ke selatan ketika pencerobohan berterusan lebih sebulan yang dilakukan tentera Israel.

"Kami telah melihat dan mengambil berat tentang keadaan di utara Gaza. Mereka terkepung dan hampir mustahil untuk menyampaikan bantuan di sana. Operasi penghantaran bantuan itu disekat," kata Laerke.

"Salah seorang rakan sekerja saya menyifatkan ia sebagai kerja kemanusiaan. Wujud halangan yang dicipta bagi mengganggu penghantaran bantuan, ini kejam," katanya lagi.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI