fb fb fb fb fb

Aidilfitri dirai penuh gembira umat Islam seluruh dunia

JAKARTA, 2 Mei - Ramadan melabuhkan tirainya dan kini umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hari pertama biasanya dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri dan jamuan besar keluarga.

Di Jakarta, Indonesia, ribuan rakyatnya menyambut hari raya dengan solat beramai-ramai di luar gereja.

Mereka menyambut hari raya, yang menandakan berakhirnya Ramadan, dengan solat beramai-ramai di jalanan, di luar bangunan gereja Protestan Koinonia di ibu kota Jakarta.

Menurut pemerintah, ia mencerminkan kepelbagaian di negara itu.


(Syot layar AP)

Di Arab Saudi, ratusan jemaah berkumpul di masjid al-Rajhi di Riyadh untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Berbeza di Palestin, ribuan jemaah membanjiri kawasan terbuka bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Solat berkenaan dianjurkan oleh pejuang Hamas di Gaza.

Dalam tempoh Ramadan, bumi Palestin dicemari insiden keganasan oleh rejim zionis terutama di Masjid Al Aqsa yang menyebabkan ratusan warga Palestin cedera.

Di Kosovo pula, komuniti Islam di sana memenuhkan ruang masjid di ibu negaranya, Pristina bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Negara yang mempunyai 1.8 juta penduduk itu majoritinya adalah beragama Islam.

Sambutan Aidilfitri di negara berkenaan turut berdepan dengan peningkatan harga makanan dunia susulan peperangan melibatkan Rusia dan Ukraine.

Di Afghanistan, sambutan Aidilfitri dibayangi dengan insiden letupan bom.


(Syot layar AFP)

Berikutan itu ramai yang memilih untuk berada di rumah berbandiing keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Insiden letupan bom di negara berkenaan meningkat dalam tempoh 2 minggu terakhir Ramadan.-AFP

Media Baharu