fb fb fb fb fb

AI "masa depan kemanusiaan," mampu percepat pembangunan negara

Foto REUTERS

VLADIVOSTOK, 7 September -Kecerdasan buatan (AI) adalah “masa depan kemanusiaan” kerana ia mampu mempercepat pembangunan banyak negara, menurut Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Armida Salsiah Alisjahbana kepada Sputnik/RIA Novosti di luar Forum Ekonomi Timur.

“AI adalah masa depan kemanusiaan, tetapi pada masa yang sama, bagaimana negara membangun juga boleh mendapat manfaat daripada AI dengan cepat, bukan? Terdapat risiko (dan keperluan untuk) tadbir urus. Namun pada masa sama, negara membangun boleh mendapat manfaat daripada AI kerana ia benar-benar boleh mempercepat banyak pembangunan,” kata setiausaha eksekutif itu.

Alisjahbana berkata negara anggota PBB perlu bekerjasama untuk meneroka peluang yang ditawarkan oleh AI.

Forum Ekonomi Timur edisi ke-10 berlangsung di Vladivostok, Rusia dari 3 hingga 6 September. RIA Novosti dan Sputnik merupakan rakan media umum forum itu. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF