fb fb fb fb fb

Trump umum sasar Chicago untuk tindakan pengusiran besar-besaran

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump/Foto REUTERS

WASHINGTON, 7 September -Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu, mengumumkan pentadbirannya akan menyasarkan bandar Chicago untuk tindakan pengusiran besar-besaran.

Dalam satu hantaran di platform media sosial miliknya, Truth Social, Trump berkata, "Saya suka deportasi... Chicago akan mengetahui mengapa ia dipanggil Jabatan Perang".

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas beliau secara rasmi menukar nama Jabatan Pertahanan (Department of Defense) kepada Jabatan Perang (Department of War).

Pada Jumaat, Trump turut memaklumkan kepada wartawan di Pejabat Oval bahawa beliau telah memilih sebuah lagi bandar di Amerika Syarikat untuk penempatan anggota Pengawal Kebangsaan bagi menangani kadar jenayah, namun enggan mendedahkan nama bandar tersebut. - REUTERS

TETITIA YUSOFF