BEIJING, 6 September – China akan menghantar kumpulan pertama bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai 50 juta yuan (AS$7 juta) ke Kabul, Afghanistan susulan gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.
Bekalan berupa khemah dan selimut itu disiapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou, Henan sejak Sabtu, dengan penerbangan dijadual berlepas pagi Ahad dan tiba di Kabul sekitar pukul 9.00 waktu tempatan.
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang melanda pada 31 Ogos lalu berpusat 27 kilometer timur laut Jalalabad, Nangarhar, mengakibatkan 2,205 maut dan 3,640 cedera, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan. -REUTERS