fb fb fb fb fb

90% perjanjian genjatan senjata sudah dipersetujui- Blinken

Blinken berkata AS akan menawarkan cadangan tambahan dalam beberapa hari akan datang menerusi pengantara, Mesir dan Qatar, dengan harapan untuk memeterai perjanjian/ AFP

PORT AU PRINCE, 6 September- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa kedua-dua Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata di Gaza.

Menurut penilaian AS, perjanjian tersebut sudah 90 peratus tercapai.

Blinken berkata AS akan menawarkan cadangan tambahan dalam beberapa hari akan datang menerusi pengantara, Mesir dan Qatar, dengan harapan untuk memeterai perjanjian.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam wawancara bersama Fox News pada Khamis menafikan penilaian AS bahawa 90 peratus perjanjian tersebut sudah tercapai, dengan mengatakan "ia jauh dari apa yang dikatakan."

Namun, Blinken mengulangi penilaian itu pada sidang media semasa lawatan ke Haiti dan menyatakan , "Saya fikir berdasarkan apa yang saya lihat, 90 peratus sudah dipersetujui."

"Ia benar-benar menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak untuk menyetujui beberapa isu lain," kata Blinken.

AS dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah menolak cadangan untuk merapatkan jurang antara kedua-dua pihak, termasuk perselisihan faham mengenai desakan Netanyahu untuk meninggalkan beberapa tentera Israel di sempadan antara Gaza dengan Mesir.

Blinken berkata beliau percaya bahawa Netanyahu yang menempatkan keutamaan untuk menjalinkan hubungan diplomatik bersama negara-negara Arab, masih boleh mencapai perjanjian bersejarah dengan Arab Saudi.

Beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa satu perjanjian dapat dicapai sebelum Presiden Joe Biden meletak jawatan pada Januari.

"Saya fikir jika kita boleh mendapatkan gencatan senjata di Gaza, masih ada peluang melalui keseimbangan pentadbiran ini untuk bergerak ke hadapan dalam normalisasi," ujarnya.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI