fb fb fb fb fb

Remaja bunuh rakan, guru di Georgia, AS didakwa sebagai orang dewasa

Antara ibu bapa dan pelajar Sekolah Menengah Apalachee, Georgia yang hadir memberikan penghormatan kepada mangsa tembakan.-FOTO REUTERS

WASHINGTON, 6 September - Remaja berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah Amerika Syarikat (AS), Colt Gray akan didakwa sebagai orang dewasa.

Dia menghadapi empat tuduhan membunuh selepas menembak mati dua orang pelajar dan dua orang guru Sekolah Menengah Apalachee, selatan Georgia.

Agensi berita CNN melaporkan, remaja berkenaan menyerang pelajar dan guru sekolah berkenaan menggunakan senapang serbu, AR-15, yang dibelikan oleh ayahnya sebagai hadiah percutian.

Biro Siasatan Georgia memaklumkan, suspek juga akan berdepan beberapa pertuduhan tambahan.

Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat baharu.

Peningkatan kejadian tembakan rambang, terutama dalam kalangan remaja dan kanak-kanak bawah umur semain meningkat serta menjadi kebimbangan terbaharu di AS.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Joe Biden dan beliau mahu ibu bapa memainkan peranan serta bertanggungjawab memantau aktiviti anak-anak mereka.

"Bagaimana senjata sedemikian dengan mudah boleh diakses oleh kanak-kanak, tanpa diawasi oleh sesiapa.

"Anda perlu meminta ibu bapa bertanggungjawab, jika mereka membenarkan anak mereka mendapat akses kepada senjata tersebut," katanya.

April lalu pasangan suami isteri seorang remaja yang membunuh empat orang dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di Michigan dijatuhi hukuman penjara 10 hingga 15 tahun oleh mahkamah.

Mereka merupakan pasangan ibu bapa pertama dikenakan hukuman tersebut atas tindakan anak yang disabitkan dengan tuduhan membunuh tanpa sengaja.-AFP

Trainee2