fb fb fb fb fb

8 maut akibat letupan di kilang di China

FOTO AFP

BEIJING, 20 Januari- Seramai lapan orang terbunuh selepas sebuah kilang di wilayah Jiangsu di timur China meletup pada Sabtu, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV).

Sementara itu, lapan lagi individu dilaporkan mengalami cedera ringan.

Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited, menurut laporan itu.

Siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan. - BERNAMA-SPUTNIK

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI