fb fb fb fb fb

8 cedera dalam kebakaran di kilang penapis Indian Oil di Uttar Pradesh

Foto Reuters

NEW DELHI, 13 November - Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kebakaran di kilang penapis Indian Oil Corporation Ltd di Mathura, negeri Uttar Pradesh di utara India.

Kebakaran berlaku pada petang Selasa ketika permulaan unit penyulingan mentah loji itu berikutan penutupan penyelenggaraan, menurut kenyataan Indian Oil pada Rabu.

Mangsa mengalami kecederaan akibat melecur dalam kejadian di kilang penapisan yang berkapasiti lapan juta tan metrik setahun (MTPA) itu.

“Loji dan jentera tidak mengalami sebarang kerosakan, dan aktiviti penapisan diteruskan seperti biasa,” kata syarikat milik kerajaan itu.

Ini adalah kejadian kebakaran kedua di kemudahan Indian Oil minggu ini.

Isnin lepas dua orang maut selepas kebakaran dalam tangki simpanan benzena di kilang penapis 13.7 MTPA milik syarikat itu di Vadodara, Gujarat di barat India.- BERNAMA

 

Trainee