fb fb fb fb fb

50 maut dalam keganasan di Chad

N'DJAMENA, 21 Oktober - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan hampir 300 lagi cedera dalam keganasan di Chad, pada Khamis ketika ratusan penduduk keluar menuntut peralihan segera kepada pemerintahan demokrasi.

Perdana Menteri Saleh Kebzabo, yang menyatakan angka kematian pada sidang akhbar, menyifatkan tragedi itu sebagai pemberontakan bersenjata.

Berikutan itu, beliau mengisytiharkan darurat.

Namun kumpulan hak asasi manusia mendakwa, orang awam yang tidak bersenjata telah dibunuh secara beramai-ramai oleh pasukan keselamatan.

Pihak berkuasa dituduh bertindak kejam terhadap peserta demonstrasi di ibu negara N'Djamena, dan beberapa bandar lain.

(FOTO REUTERS)

Afrika Tengah yang dikendalikan tentera itu mengalami krisis sejak kematian Presiden Idriss Deby pada April tahun lalu.

Anak lelakinya, Mahamat Idriss Deby, sejurus itu mengambil kuasa dan menjanjikan peralihan 18 bulan kepada pilihan raya.

Bagaimanapun pada 1 Oktober dia mengumumkan menarik balik tempoh itu kepada dua tahun.

Pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil gesa adakan protes pada Khamis berhubung isu itu. - REUTERS

Media Baharu