fb fb fb fb fb

China mudahkan proses penghantaran pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh

FOTO REUTERS

KUTUPALONG, 21 Oktober- Bangladesh memaklumkan bahawa Myanmar bersetuju agar pelarian Rohingya dihantar pulang.

Persetujuan itu di bawah perjanjian dua hala yang ditandatangani pada November 2017 selain kemudahan di negeri Rakhine sedang dalam pembangunan.

Menteri Luar, AK Abdul Momen berkata China sebagai sekutu penting Myanmar akan memudahkan proses penghantaran pulang.

Menteri Bangladesh itu memberi taklimat kepada media sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan utusan China ke Dhaka, Li Jiming.

Beliau bagaimanapun, mengkritik pihak berkuasa Myanmar kerana merumitkan proses berkenaan dengan menuntut dokumen pengenalan diri Rohingya.

Dua proses penghantaran pulang sebelum ini gagal kerana Rohingya tidak yakin dengan pihak berkuasa Myanmar.

Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya yang berada di khemah sementara di daerah sempadan selatan Cox's Bazar.

Kebanyakan pelarian Rohingya tanpa kerakyatan itu melarikan diri daripada tindakan kejam tentera di Rakhine pada Ogos 2017.-AFP


(Menteri Luar, AK Abdul Momen/AFP)

Media Baharu