fb fb fb fb fb

Lima maut ditembak di kejiranan Texas, suspek masih diburu

(FBI di kawasan pencarian di mana suspek masih diburu pihak berkuasa/REUTERS)

CLEVELAND, 1 Mei- Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima jiran termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dalam satu kejadian di Cleveland, Texas.

Ia gara-gara dia ditegur supaya berhenti menembak menggunakan senapang separa automatik di halaman depan rumahnya.

Menurut Ejen Biro Persekutuan FBI - James Smith, lelaki berkenaan kini diburu pihak berkuasa yang dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.

Tambahnya, pihak berkuasa ada menerima panggilan kecemasan berkait kejadian tersebut namun tiba lewat ke lokasi kejadian dan hanya menemui mangsa yang telah ditembak.

Pihak berkuasa menerima panggilan daripada Cleveland, yang terletak kira-kira 45 batu di utara Houston, mengenai kejadian itu pada sekitar 11.31 malam waktu tempatan.

Apabila sampai di tempat kejadian mereka menemui  seramai 10 orang mangsadi dalam rumah itu ketika serangan berlaku.

(Kawasan kejadian tembak di Cleveland, Texas/REUTERS)

"Lima daripadanya terselamat. Mangsa dikenali sebagai Sonia Argentina Guzman, 25; Diana Velazquez Alvarado, 21; Julisa Molina Rivera, 31; Jose Jonathan Casarez, 18; dan Daniel Enrique Laso, 8.

Kesemua   mangsa dipercayai tinggal di rumah itu, tetapi bukan ahli keluarga tunggal. -REUTERS

Media Baharu