fb fb fb fb fb

18 maut, lebih 20 cedera bas masuk gaung

(Foto AFP)

MEXICO CITY, 1 Mei- Sekurang-kurangnya 18 pelancong Mexico maut dan lebih 20 lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di negeri barat Nayarit, di sini.

Menurut Pegawai Perlindungan Awam, Pedro Nunez, bas berkenaan ketika itu membawa pelancong dari Guadalajara ke pantai Guayabitos di Nayarit.

"Bas berkenaan daripada sebuah syarikat swasta.

"Bas tersebut dikatakan terbabas sehingga terjunam ke gaung.

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

"Semua penumpang adalah warga Mexico," katanya kepada pemberita di sini. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu