fb fb fb fb fb

46 maut dalam serangan Israel di Gaza hari ini

Seorang bapa menangis atas kematian anaknya yang terkorban dalam serangan tentera Israel di tengah Gaza hari ini/Bashar Taleb/AFP

Gaza City, 1 Oktober- Sekurang-kurangnya 46 orang maut termasuk 36 di Gaza City dalam serangan tentera Israel di Palestin hari ini, menurut agensi pertahanan awam Gaza.

Jurucakap agensi itu, Mahmud Bassal berkata, beberapa kematian berlaku di utara Gaza, barat Gaza City, manakala serangan dron turut membunuh beberapa individu di Gaza tengah dan selatan.

Dua pencari bantuan turut terkorban dalam serangan di barat daya Khan Yunis.

Serangan berterusan ini menjejaskan penduduk awam yang berusaha mendapatkan bantuan makanan dan perubatan.

Sejak permulaan konflik ini, lebih 66,000 rakyat Palestin telah maut dengan sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut data Kementerian Kesihatan di Gaza.

Penduduk terus menghadapi risiko serangan berterusan, kesukaran untuk mengakses kawasan selamat, dan kehilangan rumah serta kemudahan asas.

SITI AISHAH BINTI MD ISA