fb fb fb fb fb

443 maut, 63 masih hilang banjir dI Afrika Selatan

DURBAN, 18 April - sungka korban banjir di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan meningkat kepada lebih 443 mangsa dengan puluhan lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat kini mempertingkat usaha untuk mengesan mangsa yang belum ditemukan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Banjir telah menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal, bekalan elektrik terputus dan perkhidmatan air terganggu serta menjejaskan operasi di salah satu pelabuhan tersibuk di Afrika, Durban.

(suasana banjir di Durban/AFP)

Nilai keseluruhan kerosakan infrastruktur dianggarkan berjumlah lebih daripada 10 bilion rand.

Pejabat Presiden Cyril Ramaphosa mengumumkan, beliau telah menangguhkan lawatan kerja ke Arab Saudi untuk memberi tumpuan kepada bencana itu.

Ramaphosa akan bertemu menteri kabinet untuk menilai tindak balas terhadap krisis.

Media Baharu