BEIRUT, 7 November- Kira-kira 40 maut dalam serangan terbaharu Zionis di Selatan Lubnan.
Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan serangan dilancarkan lewat petang Rabu menyasarkan sekitar bandar timur Baalbek di Lembah Bekaa.
Laporan Stesen Al Jadeed TV Lubnan menyebut rejim Zionis melakukan beberapa fasa serangan.
Sekurang-kurangnya empat serangan dilancarkan dan mengakibatkan kepulan asap memenuhi ruang udara Beirut.
Terdahulu, Israel mengarahkan penduduk di pinggir bandar selatan mengosongkan beberapa lokasi serangan.
Serangan dron menyasarkan sebuah kereta di jalan utama yang menghubungkan ibu kota Beirut dengan dataran Bekaa dan negara jiran di timur, Syria.-REUTERS