fb fb fb fb fb

Empat rakyat Malaysia cedera dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Foto REUTERS

DUBAI, 7 November- Empat rakyat Malaysia yang bertugas di bawah pasukan UNIFIL cedera dalam serangan Israel ke atas bandar Sidon di selatan Lubnan, kata tentera Lubnan pada Khamis.

Serangan itu turut mengorbankan tiga warga Lubnan dan mencederakan tiga askar Lubnan.

Menurut kenyataan tentera, serangan tersebut menyasarkan sebuah kereta yang sedang melalui pos pemeriksaan, yang menyebabkan tiga warga Lubnan di dalamnya terbunuh.

Askar yang cedera sedang bertugas di pos pemeriksaan tersebut, manakala rakyat Malaysia yang tercedera berada dalam kenderaan pasukan pengaman PBB yang kebetulan melalui kawasan itu pada masa kejadian.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD