fb fb fb fb fb

4 panda gergasi Atlanta dihantar pulang ke China

Foto Viory

ATLANTA, 8 Oktober- Penduduk Atlanta, Amerika Syarikat menghadiri acara yang dianjurkan oleh Zoo Atlanta bagi mengucapkan selamat tinggal kepada empat ekor panda gergasi, yang akan dihantar pulang ke China pada akhir bulan ini.

Rakaman menunjukkan barisan panjang pengunjung di luar zoo yang mengambil gambar panda berkenaan.

Pengunjung, Bria Landis berharap panda-panda tersebut akan kembali ke Atlanta suatu hari nanti.

"Saya sedih mereka akan kembali ke China...saya berharap mereka akan kembali lagi," katanya.

Menurut laporan media tempatan, tahun ini menandakan tamatnya perjanjian 25 tahun Zoo Atlanta dengan China, yang bertujuan untuk mempromosikan pemuliharaan panda gergasi itu.

Sejak ketibaan haiwan berkenaan, Zoo Atlanta telah melabur AS$17 juta dalam usaha pemuliharaan panda gergasi tersebut. - Viory

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM