fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

38 cedera pejabat polis Ismailia terbakar

KAHERAH, 2 Oktober - sekurang-kurangnya 38 orang cedera selepas satu kebakaran besar berlaku di sebuah pejabat polis di bandar Ismailia, Mesir awal Isnin.

Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan itu berjaya dikawal kira-kira pukul 5.20 pagi, menurut saksi dan media tempatan.

Menurut laporan media tempatan, api marak sehingga ke tingkat empat dan memusnahkan bahagian hadapan dinding pejabat polis berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Hossam Abdel-Ghaffar berkata 12 daripada mangsa yang cedera dirawat di lokasi manakala 26 yang lain telah dibawa ke hospital.

Tujuh daripada mereka yang cedera dan telah dirawat dibenarkan pulang.

Menteri Dalam Negeri, Mahmoud Tawfik berkata satu jawatankuasa penasihat akan dibentuk untuk melihat punca kebakaran dan mengkaji keselamatan pembinaan bangunan itu, menurut kementeriannya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.-REUTERS