fb fb fb fb fb

35 orang awam terbunuh letupan di Burkina Faso

(Foto fail AFP)

OUAGADOUGOU, 6 September- Sekurang-kurangnya 30 orang awam terbunuh manakala 37 lagi cedera, pada Isnin akibat terkena letupan buatan sendiri (IED) semasa perjalanan konvoi di utara Burkina Faso.

"Salah satu kenderaan yang membawa orang awam melanggar bahan letupan buatan sendiri. Angka sementara ialah 35 maut dan 37 cedera, semuanya orang awam," kata Gabenor Wailayah Sahel, Rodolphe Sorgho dalam satu kenyataan.

Kejadian berlaku ketika konvoi berkenaan menghantar bekalan makanan, diiringi tentera ke bandar-bandar utara yang bergolak antara Djibo dan Bourzanga.

Negara Afrika itu berada dalam cengkaman pemberontakan sejak tujuh tahun lalu yang meragut lebih 2,000 nyawa dan memaksa kira-kira 1.9 juta orang meninggalkan rumah mereka.

"Pengiring konvoi dengan cepat mengawal perimeter dan mengambil langkah untuk membantu mangsa," tambah kenyataan itu sambil berkata konvoi berkenaan sudah meninggalkan kawasan utara menuju ibu kota Burkina Faso, Ouagadougou.

(Pasukan keselamatan mengawal kawasan kejadian letupan/Foto AFP)

Pada awal Ogos, 15 askar maut di kawasan yang sama dalam letupan IED berganda.

Kumpulan pemberontak baru-baru ini melancarkan serangan serupa di jalan arteri menuju ke bandar utama di utara Dori dan Djibo.-AFP

Media Baharu