JALALABAD (Afghanistan), 16 Julai- Sekurang-kurangnya 35 orang terkorban manakala 250 lagi cedera akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda wilayah Nangarhar di timur Afghanistan pada petang Isnin, menurut seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.
Pengarah Maklumat dan Kebudayaan Wilayah Nangarhar, Qurishi Badlon berkata bencana itu menjejaskan ibu kota wilayah Jalalabad, Daerah Sukh Rod dan kawasan-kawasan berhampiran yang bersempadan dengan Pakistan.
Jumlah korban dijangka meningkat.
Bencana alam serupa turut meragut lima nyawa di wilayah Nangarhar, Kunar beberapa jam lebih awal pada pagi Isnin.
Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan lebih 400 nyawa dan menyebabkan ribuan hilang tempat tinggal sejak Mei. -BERNAMA-XINHUA