fb fb fb fb fb

30 terbunuh akibat hujan lebat berterus di Pakistan

Tentera Pakistan dalam usaha menyelamat di Gwadar selepas hujan lebat/Foto X @meenakai123

PESHAWAR, 3 Mac - Sekurang-kurangnya 30 terbunuh manakala ribuan sekolah terpaksa ditutup akibat hujan lebat berterusan sejak Khamis lalu di Pakistan.

Hujan juga menyebabkan bangunan runtuh di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menyaksikan 18 kanak-kanak antara 26 orang yang terbunuh.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah di Khyber Pakhtunkhwa, Taimur Ali Khan, mengesahkan 27 orang terbunuh akibat hujan berterusan sejak empat hari lalu di wilayah berkenaan.

Seorang lagi terkorban dalam kejadian tanah runtuh manakala lebih 150 rumah rosak.

Bencana itu mengakibatkan semua sekolah di wilayah Balochistan ditutup serta mengakibatkan gangguan teruk di beberapa kawasan di negara itu.

Dalam kejadian bangunan runtuh pada Khamis dan Jumaat lalu, Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Jahanzain Khan, mengesahkan lima terbunuh di wilayah Balochistan selatan.

Media tempatan melaporkan, hujan tanpa henti menjadi punca jalan rosak, banjir dan tanah runtuh sehingga akses jalan kampung dari bandar utama di Balochistan terputus hubungan, termasuk jalan utama di Gilgit-Baltistan.

Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan hujan dan salji di seluruh wilayah itu hari ini. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN