fb fb fb fb fb

Konvoi bantuan Gaza: Israel dakwa rakyat Palestin maut akibat dirempuh, dipijak

Rakyat Palestin berpusu-pusu ke arah trak bantuan yang membawa beg tepung ke Gaza/Syot layar REUTERS

BAITULMAQDIS, 3 Mac - Tentera Israel menafikan melancarkan serangan ke atas konvoi bantuan Gaza yang meragut nyawa warga Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, berdasarkan semakan yang dibuat pihaknya, mendapati rakyat Palestin maut akibat rempuhan dan dipijak sewaktu menunggu agihan bantuan makanan.

Ketua IDF, Daniel Hagari, berkata majoriti rakyat Palestin terbunuh dan ada juga mengalami kecederaan.

"IDF memuktamadkan semakan awal insiden orang awam Gaza dipijak hingga mati dan cedera ketika menyerbu konvoi bantuan," dakwanya.

Hasil semakan dan maklumat yang dikumpulkan daripada komander serta pasukan di lapangan, Hagari mendakwa, tiada pihak melakukan mogok terhadap konvoi bantuan.

Katanya, bagi menyuraikan rempuhan pihaknya terpaksa melepaskan tembakan amaran.

"Selepas pasukan kami berundur, beberapa peragut menghampiri pasukan kami dan mengeluarkan ancaman.

Menurut semakan awal, tentera bertindak balas terhadap beberapa individu," jelasnya. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN