fb fb fb fb fb

30 tahanan Palestin dibebaskan malam tadi

Bas Palang Merah yang membawa 30 banduan Palestin tiba di Tebing Barat malam tadi/AFP

BAITULMUQADDIS, 1 Disember- Sejumlah 30 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel malam tadi di bawah perjanjian gencatan senjata yang bakal berakhir dalam beberapa jam.

Kumpulan tahanan termasuk 23 kanak-kanak bawah umur dan tujuh wanita tu dibebaskan selepas beberapa jam pejuang Hamas membebaskan lapan tebusan Israel di Gaza.

Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada 24 November lalu, seramai 110 tebusan termasuk 80 warga Israel dibebaskan Hamas.

30 lagi adalah warga Thailand yang dibebaskan bawah perjanjian berasingan.

Israel pula membebaskan 240 tahanan Palestin sebagai pertukaran. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA