fb fb fb fb fb

3 bakal jemaah haji Indonesia dikuarantin positif COVID-19

JAKARTA, 5 Jun- Tiga bakal jemaah haji Indonesia disahkan positif COVID-19.

Menurut Pusat Kesihatan Haji Indonesia, dua bakal jemaah haji dari Jakarta dan seorang dari Surabaya diuji positif ketika melakukan ujian PCR.

Ketua Pusat Kesihatan Haji Indonesia, Budi Sylvana berkata, semua bakal jemaah perlu menjalani pemeriksaan PCR sebelum dibenarkan memasuki asrama.

Ketiga-tiga bakal jemaah haji itu akan menjalani tempoh kuarantin selama lima hari dan perlu mengemukakan keputusan negatif pada hari keempat dan kelima sebelum pihak berkuasa menjadualkan semula penerbangan mereka.

(Foto fail)

"Mereka sepatutnya berada dalam kumpulan pertama, terdiri daripada 2,776 jemaah dari Padang, Jakarta, Bekasi, Solo dan Surabaya yang berlepas ke Tanah Suci pagi Ahad,"katanya

Indonesia merupakan negara yang memiliki kuota haji tertinggi di dunia, dengan 100,051 jemaah dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini.

Media Baharu