fb fb fb fb fb

29 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu

Foto AFP

GAZA, 10 Julai- Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam serangan di sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan bagi pelarian, menurut sumber Palestin.

Insiden berkenaan merupakan kali empat dalam tempoh empat hari.Kumpulan pejuang Hamas menyalahkan Israel di atas insiden tersebut.

Tentera Israel memberitahu AFP, serangan telah dilakukan di kawasan berkenaan dan pihaknya sedang meneliti semula serangan berkenaan.

Pasukan berkenaan turut mengakui mendalangi tiga lagi serangan serupa sejak Sabtu terhadap sekolah-sekolah di Gaza yang digunakan sebagai tempat perlindungan.

Serangan dilaporkan mengenai pintu masuk ke sekolah Al-Awda di Abasan dan menyebabkan 29 orang maut manakala berpuluh-puluh yang lain cedera menurut sumber daripada Hospital Nasser yang terletak di selatan bandar Khan Yunis.

Dalam pada itu, Hamas menuduh Israel mendalangi pembunuhan secara besar-besaran selain bertanggungjawab mengakibatkan kematian seramai 29 orang yang majoritinya terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD