fb fb fb fb fb

Modi mampu desak Putin tamatkan perang di Ukraine-AS

Perdana Menteri India, Narendra Modi (kiri) dan Presiden Rusia, Vladimir Putin (kanan) / Foto REUTERS

WASHINGTON, 10 Julai-Hubungan baik di antara India dan Rusia mampu memberi kelebihan buat Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi mendesak Presiden Rusia Vladimir Putin bagi menamatkan perang di Ukraine, kata jurucakap White House Karine Jean-Pierre pada Selasa.

Kenyataan berkenaan ditegaskan Jean-Pierre selepas Perdana Menteri India, Modi memberitahu Putin bahawa kematian kanak-kanak tidak berdosa sangat menyakitkan selain mengerikan sehari selepas serangan Rusia di hospital kanak-kanak di ibu kota Ukraine, Kyiv.

Kenyataan daripada White House itu hadir ketika pertemuan Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang dijadualkan pada Khamis.

Menut Jean-Pierre, pertemuan berkenaan akan berlangsung di luar sidang kemuncak NATO, sejurus sebelum sesi Majlis NATO-Ukraine.

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan kali ketiga di antara kedua-dua pemimpin dalam beberapa minggu kebelakangan ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD