ZAPORIZHZHIA, 2 Mei – Sekurang-kurangnya 29 orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan dron Rusia yang mengakibatkan kebakaran di beberapa bangunan di bandar Zaporizhzhia, tenggara Ukraine, lewat malam Khamis.
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 10 serangan dilancarkan ke atas bandar itu, menyebabkan kerosakan terhadap rumah persendirian, puluhan pangsapuri bertingkat, institusi pendidikan dan beberapa kemudahan infrastruktur.
Tiga mangsa berjaya diselamatkan dari runtuhan, manakala 12 orang kini dirawat di hospital.
Syarikat kereta api milik kerajaan Ukraine, Ukrzaliznytsia, memaklumkan salah satu
lokasi yang terjejas ialah loji membaik pulih lokomotif di Zaporizhzhia, yang khusus dalam pembaikan lokomotif elektrik penumpang.
Loji tersebut dilaporkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi dapat beroperasi.