fb fb fb fb fb

28 maut akibat banjir kilat di Gujarat

Hampir 300,000 rakyat Bangladesh berlindung di pusat perlindungan kecemasan akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan/Foto AFP

INDIA, 29 Ogos - Hujan lebat dan banjir kilat di Gujarat, India, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 nyawa dalam tempoh tiga hari.

Mangsa terdiri daripada mereka yang lemas dan tertimbus akibat tanah runtuh.

Jabatan kaji cuaca memberi amaran bahawa hujan lebat akan terus melanda kawasan tersebut, menyebabkan lebih daripada 30,000 penduduk terpaksa berpindah.

Jumlah kematian di seluruh negeri dianggarkan mencecah 35 orang.

Pegawai bencana serta tentera telah menyelamatkan 1,856 orang yang terkandas.

Bandar Vadodara adalah antara kawasan paling teruk terjejas, dan kira-kira 1,000 kampung mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pada minggu lalu, di Tripura, timur laut India, banjir dan tanah runtuh mengorbankan kira-kira 20 orang.

Manakala di Bangladesh, sekurang-kurangnya 40 orang maut dan hampir 300,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN