fb fb fb fb fb

269 pendatang asing ditemui dalam treler

CHIAPAS, 20 Januari- Seramai 269 pendatang asing tanpa izin dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan ditemui dalam sebuah treler berhampiran sempadan selatan negara itu, Selasa lalu.

Pemandu treler terbabit ditahan polis selepas cuba melarikan diri.

Pihak berkuasa berkata mereka cuba menyeberangi sempadan Tuxtla dalam usaha melarikan diri daripada kemiskinan dan keganasan.

"Hampir kesemua 269 pendatang asing tanpa izin yang ditemui pihak berkuasa adalah dari Guatemala, tiga dari El Salvador, tiga dari Ecuador dan dua dari Honduras," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, menurut Institut Migrasi Kebangsaan Mexico, 20 daripada mereka merupakan kanak-kanak bawah umur tanpa ditemani waris dewasa.

Mereka telah dibawa ke pejabat institut imigresen untuk menentukan status masing-masing. - AFP


(Pemandu treler terbabit ditahan polis selepas cuba melarikan diri
)

Media Baharu