fb fb fb fb fb

15 maut, tiga parah berek tentera Armenia terbakar

AZAT, 20 Januari- Kebakaran besar di berek unit tentera Armenia menyebabkan 15 anggota terbunuh dan tiga yang lain cedera parah.

Kementerian Pertahanan Armenia berkata, kebakaran berlaku pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan di berek tentera yang terletak di sini.

"Berdasarkan maklumat awal, antara yang maut adalah anggota daripada unit kejuruteraan dan unit penembak tepat. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Krisis politik yang tercetus selepas pasca perang 2020 dengan Azerbaijan menyaksikan Armenia kerap ditimpa tragedi yang mengorbankan banyak nyawa.

Kekalahan teruk pada perang tersebut menyaksikan negara yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk itu terus dibelenggu pelbagai krisis termasuk krisis politik.

Selain kebakaran terbaharu di berek tentera, Armenia pernah digemparkan dengan letupan dan kebakaran di sebuah pasar di Yerevan, Ogos tahun lalu yang mengorbankan 12 nyawa. - AFP


(Krisis politik yang tercetus pasca perang 2020 dengan Azerbaijan menyaksikan
Armenia kerap ditimpa tragedi yang mengorbankan banyak nyawa)

Media Baharu