fb fb fb fb fb

Populasi iguana kuning di Pulau Fernandina meningkat

GALAPAGOS, 20 Januari- Populasi iguana kuning di Pulau Fernandina, Galapagos meningkat kepada 46,000 spesies.

Pengarah Taman Negara Galapagos Danny Rueda berkata peningkatan berkenaan dicapai melalui program pemuliharaan kekal yang dijalankan di pulau itu.

"Populasi iguana kuning yang besar dan sihat baik untuk ekosistem kerana ia membantu menyebarkan benih ke seluruh pulau terutamanya di Pulau Fernandina. Pulau berkenaan pulau ketiga terbesar di Galapagos," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Rueda berkata keputusan itu menggalakkan pihak berkuasa taman untuk meneruskan usaha pemuliharaan haiwan terbabit. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu