fb fb fb fb fb

16 pesawat, tiga kapal China dikesan berhampiran Taiwan

TAIWAN, 20 Januari- Kementerian Pertahanan Taiwan mendedahkan berjaya mengesan 16 pesawat dan tiga kapal tentera laut China berhampiran negara itu.

Kesemua pesawat dan kapal tentera laut tersebut dikesan berada sekitar Taiwan pagi semalam.

"Empat daripada pesawat itu dikenal pasti sebagai pesawat pengebom Xian JH-7, dron peninjau BZK-007 dan dua jet pejuang Shenyang J-16. Pesawat peronda udara tempur, kapal tentera dan sistem peluru berpandu darat tentera Taiwan telah diarah memantau dan bertindak balas terhadap aktiviti tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Situasi tegang hubungan Taiwan dan China sejak tahun lalu berlarutan hingga kini.

Ketegangan antara China dan Taiwan memuncak selepas Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi melawat pulau itu pada Ogos tahun lalu.

Beijing telah memberi amaran kepada kuasa-kuasa barat agar kekal dengan pendirian menyokong polisi satu China bagi mengelak pemisahan Taiwan.- AFP


(Ketegangan antara China dan Taiwan memuncak selepas Speaker Dewan Rakyat
Amerika Syarikat, Nancy Pelosi melawat pulau itu pada Ogos tahun lalu)

Media Baharu