fb fb fb fb fb

Hong Kong mansuh kuarantin kepada pesakit COVID-19 bermula 30 Januari

(FOTO HIASAN)

HONG KONG, 19 Januari - Pesakit COVID-19 di Hong Kong tidak lagi perlu menjalani kuarantin mulai 30 Januari ini.

Langkah tersebut adalah sebahagian keputusan pihak berkuasa dalam menurunkan status COVID-19 di wilayah pentadbiran khas China itu.

Status COVID-19 juga telah ditukar daripada penyakit pernafasan yang serius kepada sejenis penyakit endemik.

(FOTO FAIL)

Walau bagaimanapun, orang ramai tetap disaran memakai pelitup muka di lokasi awam dan tertutup, kecuali ketika bersenam.

Pihak berkuasa berkata pemansuhan arahan dan sekatan terhadap COVID-19 dan pesakitnya juga adalah langkah penting kepada penduduk Hong Kong kembali kepada kehidupan normal.

Malah, ia juga sejajar dengan langkah pemansuhan dasar sifar COVID yang diambil China sejak 8 Januari lalu.

Minggu lalu, perkhidmatan kereta api laju antara Hong Kong dan China disambung semula buat kali pertama sejak pandemik COVID-19.-AFP

Media Baharu