fb fb fb fb fb

Seorang maut, puluhan orang cedera dalam rempuhan sebelum aksi akhir Piala Teluk Iraq

(Beribu-ribu peminat tanpa tiket telah berkumpul di luar stadium di Basra Iraq untuk menonton
perlawanan bola sepak akhir Piala Teluk Arab antara Iraq dan Oman/AFP)

BASRA, 19 Januari- Seorang terbunuh dan puluhan orang cedera pada Khamis selepas berlaku rempuhan di luar stadium bola sepak di Iraq beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk.

Sudah lama diharamkan daripada menganjurkan perlawanan bola sepak antarabangsa, Iraq yang dilanda perang penganjuran Piala Teluk memberi imej baharu, namun berdepan situasi yang memerlukan organisasi terbabit mengambil tanggungjawab atas insiden berkenaan.

Beribu-ribu peminat, kebanyakannya tanpa tiket, telah berkumpul di luar stadium di bandar utama di selatan Iraq, itu, sejak subuh dengan harapan dapat menyaksikan perlawanan akhir antara Iraq dan Oman, yang sepatutnya bermula pada 7 malam waktu tempatan.

"Terdapat satu kematian dan berpuluh-puluh orang lagi cedera," menurut seorang pegawai kesihatan.

Manakala seorang pegawai kementerian dalam negeri memberikan turut memberi gambaran berlaku kesesekan penyokong di luar stadium.

"Sebilangan besar penyokong, hadir tanpa tiket, telah berkumpul dan cuba untuk masuk," kata pegawai itu.


(Anggota pasukan keselamatan membawa penyokong yang cedera yang cedera untuk bantuan
 kecemasandi Stadium Antarabangsa Basra berikutan rempuhan menjelang perlawanan akhir
Piala Teluk Arab antara Iraq dan Oman/AFP)

Seorang jurugambar AFP di dalam stadium berkata pintu stadium masih ditutup apabila rempuhan berlaku.

"Kedengaran siren ambulans yang tiba untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan lautan manusia di luar stadium menjadi punca rempuhan.-AFP

Media Baharu