fb fb fb fb fb

26 maut, dua cedera parah akibat kabel elekterik disambar petir

GAMBAR HIASAN


CONGO, 4 Februari- Seramai 24 wanita dan dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila kabel elektrik berkuasa tinggi putus disambar petir.

Kabel elektrik berkenaan kemudian jatuh menimpa rumah-rumah dan sebuah pasar di pinggir ibu kota Kishaha di Congo.

Ketua Polis Kinshasa, Sylvano Kasongo, berkata kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa maut di lokasi kejadian.

Jurucakap pemerintah memaklumkan, Perdana Menteri sudah melawat lokasi kejadian.

Menurutnya, kerajaan telah membuat keputusan bulan lalu untuk memindahkan pasar itu kerana ia mengganggu pergerakan kenderaan.

Masalah kabel elektrik putus kerap berlaku di Kinshasa, sebuah bandar dengan lebih 13 juta penduduk.

Ini berikutan infrastruktur di situ yang usang, selain kawasan kejiranan tidak formal yang tidak sesuai dijadikan lokasi pembangunan perumahan.

Persatuan arkitek kebangsaan Congo berkata, kemalangan itu boleh dielakkan sekiranya pendudukan mematuhi peraturan perancangan bandar yang mempunyai kadar voltan elektrik tinggi. -AFP

Media Baharu