fb fb fb fb fb

Ketua Daish letupkan diri di sebuah rumah di utara Syria


GAMBAR TWITTER


WASHINGTON, 4 Februari- Ancaman pengganas global sudah dihapuskan setelah ketua kumpulan pengganas ISIS meletupkan dirinya selepas pasukan khas Amerika Syarikat menyerbu tempat persembunyiannya di Syria.

Demikian menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Menurut Biden, Ketua Daish, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi disahkan membunuh diri di tingkat atas sebuah rumah di Atme, utara Syria dengan menggunakan bahan letupan.

Beliau telah mengarahkan serangan oleh tentera, untuk mengurangkan korban dalam kalangan orang awam.

Abu Ibrahim al-Qurashi meletupkan keseluruhan tingkat atas kediamannya dengan membawa beberapa ahli keluarga bersamanya.

Ketua Komando Amerika, Jeneral Kenneth McKenzie berkata, Qurashi tidak menentang askar-askarnya sebaliknya meletupkan bahan letupan ketika diminta menyerah diri.

Tiada kemalangan jiwa dalam kalangan askar Amerika dilaporkan.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman memberitahu, sekurang-kurangnya 13 terbunuh, antaranya empat kanak-kanak dan tiga wanita. -AFP


Media Baharu