JAKARTA, 13 Februari- Pihak berkuasa Indonesia sedang membuat persiapan terakhir menjelang Pilihan Raya pada Rabu, dengan kira-kira 25,000 polis bersedia untuk memastikan keselamatan sepanjang tempoh pengundian dijalankan.
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mempengerusikan pertumbuhan yang stabil dan kestabilan relatif dalam dekad yang lalu dalam ekonomi Kumpulan 20 (G20). Ia sekali gus membukapeluang kepada negara itu sebagai pangkalan masa depan untuk syarikat multinasional dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik.
Namun, Jokowi turut menghadapi kritikan berhubung campur tangan politik menjelang pilihan raya.
Beliau tidak menyokong ketiga-tiga calon presiden namun bekas komander pasukan khas Prabowo Subianto, dan anak sulungnya bertanding atas tiket yang sama untuk jawatan Naib Presiden.
Dua tinjauan pendapat minggu lalu mendapati Menteri Pertahanan Prabowo membuat pencalonan ketiganya untuk menjadi presiden dan dijangkakan memperoleh lebih daripada 50% undi pada Rabu. Ia memberikan ruang kepada Prabowo untuk menang dalam satu pusingan.
Sementara itu Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo tertinggal sekurang-kurangnya 27 dan 31 mata.
Indonesia telah memasuki tempoh bertenang sehingga hari mengundi, dengan calon dihalang daripada berkempen.
Indonesia memiliki lebih daripada 17,000 pulau merentasi tiga zon masa dan jarak yang serupa dengan seluruh Amerika Syarikat.
Pegawai pilihan raya telah menghantar peti undi dan kertas ke kawasan yang jauh sama ada menggunakan laluan darat, air dan udara.
Media turut melaporkan agensi cuaca telah memberi amaran berkenaan risiko cuaca ekstrem di Jawa Barat pada hari pengundian.
Sementara itu, suruhanjaya pilihan raya telah menangguhkan pengundian di sepuluh kampung di daerah Karanganyar di Jawa Tengah akibat banjir.- REUTERS