fb fb fb fb fb

24 termasuk 13 kanak-kanak maut dibedil di timur Ukraine

KHARKIV, 2 September- Sekurang-kurangnya 24 mayat termasuk 13 kanak-kanak dan seorang wanita mengandung ditemui daripada serpihan konvoi awam yang terkena tembakan di timur Ukraine.

Menurut Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU), sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh beberapa hari ini akibat tembakan tentera Rusia ke atas konvoi orang awam di zon kelabu antara wilayah yang dikawal oleh Rusia dan Ukraine.

Tujuh buah kenderaan terkena tembakan di antara Svatove di wilayah yang diduduki, Luhansk dan Kupiansk yang diambil alih oleh Kyiv di Kharkiv bulan lalu.

SBU menyiarkan imej kenderaan awam yang musnah dan mayat yang terbakar.

Dua mayat duduk di bahagian pemandu kereta dengan salah seorang sedang memegang stereng.

(Petugas kesihatan mengangkat mayat mangsa ke dalam ambulans / Foto REUTERS)

Pegawai yang ditempatkan Rusia di timur Ukraine menuduh Kyiv membedil konvoi pelarian yang dipindahkan dari wilayah Kharkiv dan membunuh kira-kira 30 orang awam.

Tidak jelas sama ada pegawai tersebut merujuk kepada konvoi yang sama.

Media Baharu