fb fb fb fb fb

24 maut pertempuran konflik sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan

BISHKEK, 17 September - Susulan 24 maut dalam pertempuran di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan, penduduk di wilayah itu mengadakan protes di luar bangunan parlimen Kyrgyzstan.

Pertempuran berlaku susulan konflik antara pengawal sempadan kedua-dua negara itu tercetus pada awal Jumaat.

Kesemua mayat dibawa ke hospital di wilayah Batken.

Selain itu, kira-kira 90 orang di pihak Kyrgyz cedera dalam pertempuran itu.

(Penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan Parlimen Kyrgyz
susulan konflik sempadan antara Kyrgyzstan-Tajikistan/Syot layar REUTERS)

Kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung pihak yang melanggar perjanjian namun bersetuju untuk pelucutan senjata pada 4 petang waktu tempatan.

Ketegangan di wilayah itu akibat pertikaian sempadan, termasuk pengairan pertanian, kawasan ragut ternakan, penyeludupan dan lintasan sempadan haram. - REUTERS

Media Baharu