fb fb fb fb fb

22 terbunuh, Israel serang tempat perlindungan

Sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan diserang rejim zionis Israel/Foto REUTERS

GAZA/KAHERAH, 22 September - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan Israel terbaharu ke atas sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk bagi mereka yang berpindah di selatan Gaza City.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa kebanyakan yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak.

Pejabat media kerajaan Hamas menyatakan bahawa antara mangsa yang terkorban adalah 13 kanak-kanak dan enam wanita.

Tentera rejim zionis Israel berkata serangan itu menyasarkan pusat komando kumpulan pejuang Hamas.

Bagaimanapun, Hamas menafikan tuduhan rejim zionis Israel.

Rakaman Reuters dari lokasi kejadian menunjukkan dinding musnah, perabot hancur dan terbakar, serta siling berlubang di salah satu bilik, ketika penduduk cuba menyelamatkan barangan yang masih boleh digunakan.

"Golongan wanita dan kanak-kanak mereka sedang duduk di kawasan permainan sekolah, mereka sedang bermain, dan tiba-tiba dua roket terjatuh ke atas mereka," kata seorang saksi, Said Al-Malahi. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN