fb fb fb fb fb

21 maut dalam kebakaran lombong ArcelorMittal di Kazakhstan

Kilang ArcelorMittal di Kazakhstan/ AFP

ALMATY, 28 Oktober- Sekurang-kurangnya 21 maut susulan kejadian kebakaran lombong di Kazakhstan.

Perkembangan itu dimaklumkan unit penghasil keluli tempatan berpangkalan di Luxembourg yang mengendalikan lombong itu, ArcelorMittal Temirtau, hari ini.

Syarikat itu dalam kenyataan, berkata 252 daripada 208 pekerja di lombong Kostenko sudah dipindahkan, manakala 23 lagi masih belum ditemui, setakat jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, selain mengarahkan Kabinetnya menghentikan kerjasama pelaburan dengan ArcelorMittal Temirtau.

Beliau berkata, kerajaan sedang memuktamadkan perjanjian untuk mengambilalih menjadi milik negara, syarikat yang menjalankan kilang keluli terbesar di negara itu.

Bulan lalu Timbalan Perdana Menteri Pertama, Roman Sklyar memberitahu pemberita bahawa Kazakhstan sedang berbincang dengan pelabur berpotensi yang boleh mengambil alih kilang itu.

Beliau berkata Kabinet tidak berpuas hati dengan kegagalan ArcelorMittal memenuhi obligasi pelaburannya, menaik taraf peralatan dan memastikan keselamatan pekerja selepas beberapa siri kemalangan maut.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI