fb fb fb fb fb

20 maut, trak rempuh orang ramai

MARDIN, 22 Ogos- Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 26 cedera dalam nahas jalan raya di tenggara Turkiye.

Kemalangan berlaku di daerah Derik di Mardin selepas sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang membantu mangsa yang terlibat dalam satu lagi nahas jalan raya melibatkan sebuah trak dan dua kenderaan.


(Foto REUTERS)

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu yang turut melawat lokasi kejadian memberitahu, pejabat pendakwa telah pun menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

Pasukan bantuan dihantar ke lokasi kejadian dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca berkata, lapan daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa.-REUTERS

Media Baharu