fb fb fb fb fb

20 orang ditembak mati di gelanggang sabung ayam

MEXICO, 29 Mac - Pihak berkuasa Mexico mengesahkan bahawa 20 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu gelanggang sabung ayam, di sebuah bandar kecil di negeri barat Michoacan, semalam.

Menurut Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan, pihak berkuasa telah dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.30 malam selepas menerima laporan mengenai serangan ke atas tempat yang sering digunakan untuk menganjurkan pertaruhan sabung ayam secara haram di bandar itu.

"Seramai 16 mayat lelaki dan tiga wanita ditemui di tempat kejadian, seorang didapati meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala lima mangsa lagi dirawat kerana mengalami kecederaan," menurut pejabat peguam negara.

(Anggota Pengawal Kebangsaan dan askar Tentera Mexico meronda kawasan gelanggang sabung ayam haram
yang dipercayai tempat 20 orang terbunuh malam tadi/FOTO AFP)

Pihak berkuasa persekutuan Michoacan turut mendesak agar menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab atas tindakan ganas tersebut.

Michoacan dan negara jiran Guanajuato merupakan dua negeri paling ganas di Mexico disebabkan peperangan antara kumpulan yang bersaing dan terlibat dalam pengedaran dadah dan aktiviti haram lain termasuk perdagangan bahan api curi. - AFP

Media Baharu