fb fb fb fb fb

2 maut, 5 cedera jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya

FOTO X

SEOUL, 25 Februari- Dua maut manakala lima lagi cedera selepas sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Korea Selatan, pagi Selasa, menurut pihak berkuasa.

Media tempatan menyiarkan rakaman dramatik yang memaparkan bahagian jambatan berkenaan runtuh, menghamburkan asap tebal ke udara.

Menurut kenyataan daripada Agensi Bomba Kebangsaan, dua mangsa disahkan maut, empat cedera parah, dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan tiga individu yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri berkata, kesemua mangsa yang cedera sedang dibawa ke hospital berdekatan.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 9.50 pagi di Anseong, kira-kira 40 batu dari Seoul.

Pemangku Presiden, Choi Sang-mok, mengeluarkan arahan segera bagi menggerakkan semua sumber dan anggota penyelamat untuk melancarkan operasi menyelamat.

Menurut data daripada Kementerian Buruh Seoul, lebih 8,000 kematian berkaitan pekerjaan direkodkan di negara itu dari tahun 2020 hingga 2023.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE