KATHMANDU, 11 September - 192 banduan yang melarikan diri daripada penjara semasa protes menggulingkan kerajaan di Nepal berjaya diberkas semula.
Bagaimanapun jumlah tersebut adalah kecil berbanding kira-kira 13,500 banduan yang berjaya melarikan diri di seluruh negara.
Tentera Nepal dalam kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa menghadapi pelbagai cabaran untuk menangkap semula banduan disebabkan situasi yang masih tidak terkawal di Kathamandu.
Di penjara Ramechhap, satu pertempuran berlaku antara Tentera Nepal dengan banduan, menyaksikan dua individu ditembak mati sementara 12 yang lain cedera.
Sementara itu, pasukan sempadan India mengesahkan, terdapat banduan melintasi sempadan negara untuk bersembunyi di Uttar Pradesh dan Bengal Barat.
"Kami telah menahan dan menyerahkan sekurang-kurangnya 60 banduan yang melarikan diri dari beberapa penjara Nepal," kata seorang pegawai pasukan sempadan India. -AFP
