KATHMANDU, 11 September - Jumlah korban akibat protes ganas di Nepal meningkat kepada 34 orang, manakala 1,368 lagi cedera.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, daripada jumlah yang cedera, 949 orang telah dibenarkan keluar hospital.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Nepal, Dr Prakash Budhathoki berkata angka yang diperoleh adalah berdasarkan data yang dikumpul dari seluruh negara.
Terdahulu, Nepal bergolak susulan protes terhadap larangan menggunakan media sosial.
Golongan belia yang dikenali sebagai penyokong "Gen Z" seterusnya melancarkan gerakan lebih meluas menentang dakwaan rasuah sehingga menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli.
Ketika ini, perbincangan sedang dijalankan untuk menubuhkan pentadbiran sementara dengan tentera telah mengambil alih kawalan keselamatan selepas peletakan jawatan Oli.