fb fb fb fb fb

190 cedera selepas taufan Koinu badai selatan Taiwan

(FOTO REUTERS)

TAITUNG, 5 Oktober - Seramai 190 orang cedera, selepas Taufan Koinu membadai kawasan pedalaman di selatan Taiwan, namun tiada kematian direkodkan.

Taufan yang membawa hujan lebat dan angin kencang itu telah mengakibatkan beberapa premis perniagaan dan sekolah ditutup.

Taufan Koinu, yang melanda semenanjung Hengchun Taiwan telah dikategorikan sebagai taufan kategori empat yang menunjukkan kelajuan angin sehingga 252kph (156mph) diramal akan menjadi lemah apabila ia melintasi Selat Taiwan dan menuju ke wilayah China dari Guangdong, menurut Risiko Ribut Tropika.

(FOTO REUTERS)

Kebanyakan bandar dan daerah di Taiwan telah mengisytiharkan cuti kepada pekerja dan sekolah pada Khamis, namun pasaran saham dan kewangan tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa.

Dua syarikat penerbangan domestik utama Taiwan, UNI Air dan Mandarin Airlines turut membatalkan sebahagian penerbangan mereka pada Khamis, manakala feri ke pulau-pulau terpencil turut dihentikan.

Sebanyak 42 penerbangan antarabangsa trurut dibatalkan, kata kementerian pengangkutan namun kereta api laju yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan tidak terjejas.-REUTERS

Media Baharu