fb fb fb fb fb

17 maut dalam nahas bas di Filipina

Foto Hiasan

MANILA, 6 Disember- Tujuh belas orang maut apabila bas penumpang terbabas dari jalan raya dan terjunam di sebuah gunung di tengah Filipina, kata seorang pegawai hari ini.

Ketua agensi bencana wilayah, Roderick Train berkata kejadian berlaku ketika bas itu dalam perjalanan di perbandaran Hamtic di wilayah Antik pada petang Selasa.

Tujuh orang berada dalam keadaan kritikal di hospital dan empat lagi dilaporkan stabil.

“Ini jalan gunung, jadi bas itu jatuh dari tempat tinggi. Sebab itu impaknya menyebabkan ramai yang terkorban.

“Jalan Hamtic-Iloilo ini adalah kawasan yang sering berlaku kemalangan dan apa yang berlaku ... berdasarkan saksi, adalah kegagalan mekanikal. Pemandu hilang kawalan, kemungkinan brek rosak," kata Train.

Gabenor wilayah Rhodora Cadiao melawat hospital tempat mangsa yang terselamat dirawat.

"Ia sangat, sangat menyedihkan," kata Cadiao dalam video yang disiarkan di halaman Facebook rasmi kerajaan.

Train berkata operasi mencari dan menyelamat telah selesai dan pihak berkuasa kini memberi tumpuan untuk menjejaki bas itu.

"Kami mencari mayat sehingga pagi ini. Memang penat naik dan turun," ujar Train.

Kemalangan maut di jalan raya adalah perkara biasa di Filipina, di mana pemandu sering melanggar peraturan dan kenderaan sering tidak diselenggara dengan baik atau terlebih muatan.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI