fb fb fb fb fb

17 maut dalam kebakaran restoran di Changchun

CHANGCHUN, 28 September - Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan tiga lagi cedera dalam insiden kebakaran restoran di Changchun, ibu kota Wilayah Jilin di timur laut China, kata pihak berkuasa tempatan.

Pasukan bomba tempatan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di zon pembangunan industri berteknologi tinggi di sini kira-kira pukul 12.40 tengah pada Rabu, lapor Xinhua.

Anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan segera.

Sehingga pukul 3 petang, kerja-kerja mencari dan menyelamat di lokasi telah ditamatkan.

Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan dan punca kejadian masih disiasat.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Insiden kebakaran maut kerap berlaku di China, ekoran daripada pembinaan premis tanpa kebenaran yang menyukarkan orang ramai melarikan diri apabila berlakumya kebakaran.

Awal bulan ini, kebakaran besar di tengah bandar Changsha melanda sebahagian bangunan pencakar langit yang menempatkan pejabat syarikat telekomunikasi milik kerajaan China Telecom, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - AFP

Media Baharu